sapu debu dulu
bismillahi-rahmani-rahim
dah lama tak update. sebab musabab?
1-penat
2-buzy
3-banyak sangat nak ditulis sampai tak tertulis
so, i've decided, to write again on this pitiful blog, since it's in dire need of update.
jadi, post kali ini, kalau nak tulis pasal cherating.., dah basi dah pun, lagi pun rasanya dah ramai yang tulis pasal trip ke cherating, jadi tak perlulah saya nak tambah2 kan lagi.
nak tulis pasal rasa yang terpendam. rasa tak puas hati? mungkin jugalah. tentang apa? tentang manusia yang tak pandai bersyukur dan perasan bagus. aku mengaku, aku pun bukanlah malaikat, tapi aku tahu batas2 ku.
siapa dia manusia2 ni? haa.., ini yang kita nak tahu. manusia2 yang sebenarnya masih mentah dengan asam garam kehidupan tetapi dah berlagak macam tahu semua. classmates ku kebanyakannya non-malays. aku tiada masalah dengan mereka, malah aku alu2 kan untuk belajar sekelas dengan mereka. sekurang-kurangnya aku mampu keluar dari kepompong dan zon selesa ku. aku akui aku tak diberi pilihan, tapi aku tak pernah mengeluh.
cuma apa yang membuatkan aku terkilan, sikap berat sebelah sesetengah daripada mereka. setiap kali lecture di kelas ada menyentuh tentang negara, pasti akan dilemparkan kutukan terhadap Malaysia. aku mendiamkan diri, yang lain juga begitu. aku pasti ada yang mengerti kadang2 semua tohmahan yang dilemparkan tidak objektif, lebih mengikut emosu semata-mata. namun, aku tentang juga sekali-sekala. aku tak mahu menghiris perasaan mana2 pihak. cuma kadang-kala aku tertanya2, adakah mereka tidak sedar bahawa mereka ini berbangsa Malaysia? mengapa perlu diagung-agungkan sangat negara luar? tidakkah mereka sedar bahawa yang dilihat hanyalah yang baik, tetapi yang buruk tidak didedahkan? benar kita perlu kritik, tetapi kritikan itu juga ada caranya. kritikan yang bagus adalah yang berpaksikan maklumat dan fakta yang betul serta bersifat objektif lebih daripada emosi.
"Malaysia no good la"
"Malaysia sucks"
saya tak tipu, saya tak reka. ini semua memang keluar. malah ada yang berani mengaku mereka penyokong Hindraf. saya berdebat, apa yang didiskriminasi? mereka ada fakta dan statistik yang saya boleh lihat dan percaya? maka mereka diam. saya juga diam. mereka fikir hal ini boleh dibuat jenaka. ini yang dikatakan mentah. semua dilihat sebagai suka2. yalah, kerajaan bodoh. malaysia juga bodohlah. tetapi ibu bapa habiskan duit mereka buat main2 saja. bila mahu belajar, semua juga mahu main2. apa produktiviti yang mereka tunjukkan? kalau inilah generasi Malaysia baru yang kita ada, maka saya boleh beri jaminan, sudah pasti kerajaan akan datang bodoh. kerana apa? kerana merekalah. kritik yang tiada konstruktif. kalau anda rasa anda boleh memerintah dengan lebih bagus, berikan kritikan yang konstruktif. apa yang patut diubah. maksud saya secara intelektual. saya pasti akan terima apa yang dihujahkan.
masalah orang2 seperti ini ialah mereka tidak gunakan apa yang mereka belajar di dalam kelas. dalam kelas ekonomi sudah diajar tentang "opportunity cost". maka setiap pilihan yang dibuat pasti akan ada benda lain yang harus dikorbankan. jadi sudah pasti setiap keputusan yang dibuat boleh didebat dan disanggah. tetapi tidakkah mereka mengerti bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah pilihan pertama yang paling baik berbanding perkara2 yang harus dikorbankan akibat keputusan itu? perkara ini adalah perkara asas. itupun masih terkapai2 mencari solusi. jadi tepuk dada tanya selera. di mana tahap pemikiran kita sebenarnya?
1) Beragama ISLAM
2) Mengamalkan adat istiadat Melayu
3) Fasih berbahasa Melayu
4) Ibu/ bapa menetap di tanah Melayu sebelum atau selepas merdeka.
Maka, konklusi apa yang kita boleh buat disini? Melayu dan agama Islam adalah satu. Ia tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, maka hilanglah identiti Melayu itu. Melayu itu sendiri bercambah daripada asas agama Islam. Jika ada bukan Melayu yang ingin turut serta, maka mereka dijemput dengan tangan terbuka untuk turut serta dalam perbincangan di surau.
"kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan"
tiada masalah, tiada polemik yang patut timbul tentang hal ini.
mengapa dalam bahasa melayu? bukan untuk mengelak diri dari sesiapa, bukan untuk menunjuk-nunjuk.
"bahasa jiwa bangsa"
maka sesekali, aku postkan dalam bahasa melayu.
FINAL WORDS:
yang mana satu engkau pilih?
dalam kalut ada peraturan,
peraturan mencipta kekalutan,
di mana pula kau berdiri,
di sini."
sapu debu dulu sebelum post seterusnya.
