Friday, October 22, 2010

mencari kasihNya

Aku bukan seorang yang kuat. pernah beberapa kali dalam hidup, bila dihadapkan dengan dugaan dan cubaan, aku tersungkur. Tapi Tuhan yang maha pengampun, berkali-kali mendengar rintihan hati aku, betapa aku cuba untuk melakukan yang terbaik dan untuk jauh dari perkara dan perbuatan yang menjauhkan aku dari kasihNya. Tapi aku insan yang terlalu lemah, seringkali mengulangi kesilapan yang sama.

Ada teman yang mengingatkan, Tuhan tak hairan kenapa manusia membuat dosa, tapi Tuhan hairan kenapa manusia tak bertaubat. Besarnya kasih Rabbul Alamin kepada ciptaanNya. Tapi aku malu setiap kali menghadap Pencipta, dengan keadaan hati yang selalu tercalit dosa yang sama.

Sekarang hati ku sedih, kerana aku berpegang kuat dengan apa yang dibawa junjungan besar Muhammad s.a.w, kematian itu suatu kepastian, syurga dan neraka adalah dua pilihan. Tapi hari ni aku letakkan persoalan dua pilihan itu di tepi, apa aku sebagai insan ciptaanNya sudah cukup bersyukur dengan apa segala nikmat kurniaanNya? Sejujurnya, hati ini ingin menghadap menyembah Rabbul Alamin untuk dekat padaNya kerana itu adalah sesuatu yang menjadi tanggungjawab aku kepada Penciptaku, bukan kerana soalan syurga atau neraka. Aku ingin jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberiNya. Kerana aku tahu, Penciptaku tak pernah memungkiri janjiNya dan tiada Tuhan yang lain yang aku sembah dan tiada tempat lain untuk aku pohon pertolongan melainkan padaNya sahaja. Sungguh, aku pegang teguh pada apa yang dibawa junjungan besar Muhammad s.a.w bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Kalau aku simpulkan semua 99sifatNya yang setakat mana manusia tahu, maka hatiku bertambah perih, betapa hinanya aku sebagai manusia ciptaanNya seringkali pergi jauh dariNya.

Aku tahu betapa tingginya kasih Pencipta kepada hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan kasih dariNya kerana Dia tak akan pernah menguji hambaNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya. Hari ni aku pohon sekali lagi, moga Tuhan berikan aku kekuatan yang cukup untuk menjauhi perkara2 yang membawa mudarat dan membawa dosa. Benar, iblis itu ada membisikkan kejahatan ke telinga ku, tapi aku berpegang teguh pada satu2nya kitab yang benar hingga akhir zaman, Al-Quran, bahawa iblis itu adalah musuh yang nyata. Maka aku pohon sekali lagi ke hati yang kecil, supaya ingatlah dan ingatlah.

Benar, aku bukan maksum, tapi aku cuma mahu menjadi hambaNya yang baik, mensyukuri segala nikmat yang diberiNya dan berusaha mencari kasihNya, kerana itu adalah tanggungjawab aku sebagai seorang hamba kepada Penciptanya.

Aku percaya, setiap manusia pasti sentiasa rindu kepada asalnya, sedar atau tidak. Aku tahu asalku yang cuma dari tanah dan atas kasih Rabbul Alamin yang meniupkan ruh kedalam segumpal daging tak bernyawa di dalam perut ibuku, maka jadilah aku. Atas kasihNya, jadilah aku dan atas kasihNya jualah aku berjalan mencari rezeki dan menikmati apa segala nikmat kurniaanNya sepanjang perjalananku di muka bumi ini.

Dan bila ditimpa kesusahan maka ingatlah hati, Tuhan tak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang diluar kemampuan hambanya. Ingatlah hati kerana hati selalu lupa.

Dan bila aku kembali ke asal ku nanti, aku harap aku kembali dalam sebaik-baik keadaan. kerana Tuhan menciptakan manusia dengan sebaik-baik keadaan, dan dicampak ke serendah-rendah tempat, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan. Itu aku pasti, kerana aku berpegang teguh dengan kitab yang benar, Al-Quran.

final words: the post has nothing to do with the exams. i believe i'm doing quite well in the preparation for the finals, insya-Allah. just a post to remind myself, and why i think my heart feels empty right now. so, i'm paving my way back. pulang ke asal.

3 comments:

miSs Hazzi said...

nice words husna..

aku juga seperti kamu.
kita manusia biasa. yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa.
tapi selagi kita hidup, belum terlambat untuk kita bertaubat kan? takut sekiranya ajal menjemput, dalam keadaan kita alpa dan lalai dan belum sempat meminta ampun..

selagi kita sedar kita berdosa, harus segera meminta taubat dari Nya. insya Allah mudah2an di terima Dia.. kan Allah sukakan orang-orang yang bertaubat..:)

ayesyaazreena said...

alhamdulillah...
tak kira lah pandai mana pun kita, bijak mana pun kita, teror mana pun kita, tak pandai mana pun kita, tak berapa kaya pun kita, semuanya datang dari ALLAH....
yup,semua orang, SEMUA manusia pasti akan merasa mati.
all the best for you dear~
pray for my interview~~~~ cuakk~

bugsqueen said...

love it! thank you for reminding me. i can feel you. sometimes I feel empty too. like there's something missing or tidak cukup amalan untuk menghadapi mati yg pasti. me, hamba Allah yg lemah juga. hamba yang sentiasa alpa dan leka dan sering berdosa. Namun, jika kita selalu ingat Dia dan ingat mati, insyaAllah, Allah akan membantu kita untuk sentiasa berada di landasan yg betul. All the best with your exams yer. Usaha, doa dan tawakal! :-)