jangan tak tahu, setelah satu hari suntuk berjemur di bawah matahari semata-mata kerana menjadi photographer untuk M-Fest 2 minggu lepas, saya berjaya menghitam-putihkan muka saya.
dan sekarang, saya berjaya men"tapir"kan lagi wajah saya yang sudah kusam macam tunggul kayu ini dengan berjemur selama berhari-hari suntuk di bawah matahari semata-mata kerana menjadi photographer untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf Event. [bapak segala panjangnya nama event dia, makanya, kami para volunteers, menyingkatkan lagi nama event itu kepada TSM, yang saya rasa agak kelakar sebab TSM itu hanyalah singkatan kepada nama Tan Sri Muhyiddin, tanpa Yassin Charity Gold Event dihujungnya. takpelah, asalkan bunyi sodap.]----[mintak maaf, gambar2 event itu tidak dapat dipublishkan di blog ini, kerana saya bekerja di bwah seorang photographer pro, abang botak, yang mementingkan confidentiality clientnya, tapi difacebook, gambar2 itu akan datang kemudian, alasan saya, kawan2 saja yang boleh melihat]
fokus husna, berbalik ke isu utama:
ini adalah masalah besar....masalah negara, masalah dunia, untuk kulit wajah saya yang saya sendiri sudah confuse dengan warna sebenarnya, putih ke? takdelah putih pun, sawo matang ke? bukan sawo matang tu macam putih kekuningan/kecoklatan? macam tak je...coklat ke? coklat kot...tapi coklat tu macam gelap sangat lah pulak, rasanya takdeklah gelap sangat....tapi setelah berjemur berhari-hari tanpa fail, sekarang memang coklatlah saya rasa. tengok! teruk tak saya, saya tau saya seorang yag indecisive, tapi takkan la sampai ke kulit muka sendiri pun saya tak boleh buat decision, warna apakah saya? tapi tak apa, kita satu malaysia, warna kulit itu tak penting. [cuma ia penting untuk self-esteem saya]
saya tak berapa percaya dengan krim pemutih muka sepeti fair and lovely mahupun garnier, kerana kawan2 saya pernah cerita, kalau pakai fair n lovely, yg kulit gelap jadi kelabu, bukan putih ye, kelabu. fair n lovely, jangan saman saya, ini hanyalah kenyataan peribadi, saya sendiri tidak pernah cuba, anda boleh cuba sendiri kalau mahu tahu yang mana satu lebih sahih.
solution saya kini, pakai mask selang sehari, dengan harapan, bukan setakat blackheads dan whiteheads yang tertanggal, sel2 mati yang membuat kulit muka saya kusam juga akan pergi. saya takdek krim, krim pelembab je yang pernah saya pakai, taruk di muka. saya loser bila sampai hal cosmetics.
final words: saya down tengok muka sendiri di cermin sekarang, berdoa dalam hati supaya kulit muka akan pulih dari sindrom topeng tapir ini. bila down, belajar untuk finals boleh mengubat hati yang lara kerana kulit kusam. itukah hikmahnya? mungkin. sekian.
5 comments:
bukan nnti kalau sun burn hilang sendiri ke? :)
aku lagi ar tak guna cosmetics2 nih.. topeng ke mende tak penah nak sentuh.. hoho
tp takpe, insya Allah nnti kembali ke kulit asal okeh.. jgn riso2 sgt.. :)
p;s study utk final itu lagi meriangkan..woho
ingatkan awak nak post gamba sekali. nak tengok. hahahaha. jahat gila bukan nak tolong bagi tips ke apa kan. tapi biasanya dia hilang sendiri. sabar jela
=)
rasenye lame2 sunburn bley hilang. tp jgn brjemur lagi kat panas la.heheh.:) tape2,,gelap kat luar xpe,jgn gelap didalam...;)
Dora ckp pakai syurah. In case ko ingat lagi nasihat dia otw balik hantar cousin anney from klia. :))
*kalo ade double post aku mntk ampun sbb blogger tgh bengong*
muahahaha!!
kesian my fren sorang ni..kikiki~
all the best~~~~
semoga anda cerah kembali seperti biasa~~~~~ :D:D:D
Post a Comment